aininsofia769@gmail.com
014-5291689

Idea Kelengkapan Awal Rumah untuk Bakal Pengantin

#NotaFinancial

Ye, Ainin ingat 😂 Ainin ingat hutang nota Ainin 😂Okeh. Ini untuk audience ainin yang follow #notakawen dan #notafinancial. Haritu janji nak share bab financial barang rumah, kan?

Rasanya persiapan kawen ramai dah kot orang share? Dan yes, tiap orang, lain lain tau dia punya keperluan dan kemahuan dia. Yang ni versi BASIC dan BAJET.

Previously, exfiance’ Ainin merangkap thehusband dahpun settle cari rumah sewa sebelum tarikh nikah. Beliau dah siap siap settle downpayment rumah dan sewa rumah a month before. Tapi rumah tu tak furnished. So, bila beliau dah settle part financial untuk tempat kitorang stay, bakal isteri mohler meringankan bab untuk tolong penuhkan bahagian dalam rumah tu kannn.

Yang Ainin share dekat sini adalah part yang paling basiclah ya. So that young couple get clear dan boleh buat list dan boleh estimate bajet, apa je yang mereka perlu kalau-kalau rumah yang bakal didiami nanti tak furnished. Tapi list ni bukan untuk yang nak bermewah mewah okeh? 😂

Ainin letak caption dekat gambar, okeh? Kita pecahkan ikut section rumah 😊

Ainin tak include harga sekali sebab akan ada range harga yang berlainan dan pst: boleh tengok tengok kalau ada kawan kawan nak letgo/ secondhand/ hadiahkan 😊

Suggested website:

🔺mudah.my

🔺carousel (mobile app)

🔺lazada

Bajet tu inshaaAllah boleh turun bawah RM 1K+ dan can reach to RM 2K kalau pilih yang memahai. Paling pricey dalam list ni pun mesin basuh dan peti sejuk tu jee rasanya. Tapi both of these sebenarnya kitorang pun beli after wedding😊✌🏻️

Daripada list bajet basic ni, bolehlah kita consider untuk belikan hadiah pengantin in future 😁

 

 

Bilik tidur

  1. tilam
  2. bantal cadar sarung bantal
  3. conforter/ selimut
  4. kipas
  5. almari

Masa awal awal kitorang masuk rumah, Alhamdullilah arwah mak mertua hadiahkan kami comforter. Tilam dan kipas pulak yang thehusband punya time zaman single. Bantal apa semua dapat daripada hadiah kawenn. Almari tadee, just ada kotak kotak simpan pakaian yang zaman single punya. Katil pun tadee.

 

 

Bilik air

  1. mesin basuh*
  2. sabun basuh baju
  3. hanger
  4. baldi
  5. berus toilet

Mesin basuh dapat hadiah daripada team prefect sekolah. thanks guys. Tapi boleh hold dulu kalau rajin nak basuh dengan tangan

 

 

Dapur

  1. Dapur gas/ induction cooker
  2. tong gas
  3. kabinet dapur
  4. Rice cooker
  5. Peti sejuk*
  6. water heater
  7. Pan/ kuali/ periuk
  8. Senduk
  9. Sudu garpu
  10. Pinggan mangkuk
  11. lesung batu
  12. pisau & papan hiris
  13. bekas bekas plastik untuk isi barang dapur.
  14. pencuci pinggan

Alhamdullilah, kitorang bersyukur sangat sebab hadiah kawen SANGAT SANGAT membantu. Kitorang dapat banyak sangat barang dapur dan barang elektrik. Ainin doakan pahala sentiasa mengalir buat yang menghadiahkan hadiah- hadiah. Blender, water heater, dapur gas, microwave oven semuaanyaaa kitorang dapat hadiah.

Paling penting Ainin rasa ialah rice cooker  sebab masa kitorang tak jumpa beli tong gas dan takdapat masak dengan dapur gas, kami masak nasi dan lauk dalam rice cooker jee masa awal awal

Dining table pun tak beli pun awal- awal. Makan atas meja jepun jeee. Makan bersila dan makan hidang pun okay what?

 

 

Rumah

  1. Penyapu & mop lantai.
  2. tong sampah
  3. plastik sampah
  4. soket elektrik

Beli dekat kedai speedmart pun okay!

 

 

Pakaian

  1. seterika
  2. iron board

 

 

Kenapa ainin buat list ni? Supaya young couple tak rasa complicated sangat untuk mulakan langkah dalam hidup baru dan mudahkan urusan perkahwinan😊 Dan supaya tak tenggelam dalam keseronokan persiapan majlis sangat.

Tak perlu fikir untuk lengkapkan semuaaa pada fasa awal. Dahlah dengan keadaan ekonomi sekarang. Get stabilized dulu and complete the rest of the list.

Macam vacuum ke, dining table ke, almari ke, sofa ke, tv ke, semuanya boleh hold dulu dan settle kemudian okeh?

Settlekan financial wedding dan financial after wedding. Paling wow kalau still boleh saving 😊👍🏻

Nih pesanan special untuk adik-adik nih. Ingat tau, jangan boros sangat spend by now. Fikir financial untuk wedding, after wedding lagih.

Tak masuk bab kereta dan transport, bab bil api air, bab barang dapur dan makanan lagi ni. Nak bagi pada parents pun takboleh tinggal.

Just my 2 cents😁✌🏻️

#TAG dan #SHARE untuk kawan kawan awak yang bakal pengantin tuu👰🏻 Kita taktau kawan kita sedang bajet tahap maksimum. Moga- moga dapat membantu pasangan- pasangan yang memerlukan 😁✌🏻️

WhatsApp Luxeframe!